Pengalaman Program Raya 2019
SAMBUTAN INDAHNYA SYAWAL 2019
Inilaa barisan AJK Indahnya Syawal 2019
Pada 12 July 2019 saya bersama ahli persatuan Matematik menganjurkan sebuah program sambutan Hari Raya di Dewan Tuanku Canselor . Seramai 200 lebih peserta menghadiri majlis tersebut bagi memeriahkan lagi suasana. Pelbagai juadah yang enak disediakan seperti Nasi Merah, lontong, satay, laksa, puding caramel, dan sebagainya.
Tetamu yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi UPSI serta pensyarah dijemput hadir. Mereka dipertontonkan dengan seni persembahan silat oleh salah seorang rakan saya. Terdapat pelbagai alunan lagu yang dimainkan semasa majlis dijalankan di sana. Cabutan bertuah yang diadakan dalam kalangan mahasiswa/wi menyerikan lagi majlis tersebut.
Comments
Post a Comment